“Buat apa sembang macam tin kosong dan jadi anak jantan” – Nazri kepada Tun M

Menurutnya, beliau bersedia berdepan dengan Mahathir dan Padang Rengas sentiasa ‘menanti’ kedatangan mantan perdana menteri itu.

“Dia (Mahathir) marah sangat pada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, saya dah kata sebelum ni, nak jatuhkan Najib lawanlah di Pekan.

“Jika rasa tidak mahu melawan dia (Najib), Mahathir boleh lawan saya di Padang Rengas, saya tunggu di sana, buat apa sembang macam tin kosong dan jadi anak jantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Koridor Kebudayaan Mengelembu di Ipoh pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa dengan beberapa Adun keluar UMNO di Perak, Terengganu atau Johor, pembangkang tidak perlu menunggu PRU14 untuk menguasai negeri tersebut.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, dua kerajaan negeri BN itu akan tumbang.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menambah, kenyataan Mahathir tidak lebih hanya untuk menarik perhatian rakyat terhadap parti serpihan Umno itu.

“Ini kerana parti itu tidak mendapat respons baik daripada rakyat malah kenyataan itu lebih kepada perasaan marahnya pada Najib dan saya mungkin, sebab tu kata Perak pun bakal jatuh.

“Dia (Mahathir) perlu menerima hakikat yang pengundi itulah penentu kepada siapa yang akan membentuk kerajaan, itu hakikat yang kita tak boleh lari tapi jangan la pula nanti dia lari tak nak bertanding di Padang Rengas,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Related Articles