Lai Yee beralamat di Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur manakala remaja lelaki, Wai Shiang dari Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, dua mangsa itu disahkan meninggal dunia sebaik dibawa naik ke Jeti Pantai Merdeka.
“Dua mangsa ini merupakan 13 penumpang termasuk seorang tekong yang terlibat dalam kejadian bot terbalik pada pagi Ahad.
“Kesemua mereka yang merupakan pelancong dari Kuala Lumpur itu menaiki bot penambang tersebut dari Jeti Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka untuk bersiar-siar di situ,” katanya pada sidang akhbar di Sungai Petani pada Ahad.
Kata beliau, sembilan lagi penumpang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk rawatan.