Bot dinaiki 10 pemancing, 3 kru ditemui selamat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah berjaya menghubungi bot berkenaan pada pukul 2.20 petang ini.

“Mereka semua selamat tetapi dipercayai dalam keadaan lapar kerana bekalan makanan telah habis,” katanya.

Beliau berkata, aset yang digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat telah dikerah untuk mengambil semua mangsa dan mereka dijangka pulang ke jeti pada malam ini.

Bot yang dinaiki kesemua mangsa berlepas dari jeti Kota Kinabalu pada pukul 10 pagi Jumaat lalu untuk memancing di Pulau Mantanani dan Pulau Mengalom, namun angin kencang dan ribut yang melanda dipercayai menyebabkan mereka tersasar daripada laluan, memetik laporan Utusan Online.

Related Articles