20
Datuk Seri dan Datuk itu dipercayai antara pemimpin kanan dalam setiap kumpulan kongsi gelap berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata ahli kumpulan itu yang berusia antara 19 hingga 62 tahun, terbabit dalam puluhan kes pembunuhan, penculikan, pemerasan, ugutan, pengedaran dadah, samun dan mendatangkan kecederaan.
“Dalam operasi ini, polis turut merampas 1 rifel, 22 pistol, 916 butir peluru, dadah bernilai RM1.75 juta serta wang tunai dan barang kemas berjumlah RM167,193.
“Dengan tertumpasnya kumpulan itu, kita yakin dapat menyelesaikan banyak kes bunuh berprofil tinggi di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Lembah Klang, ” katanya kepada media di Kuala Lumpur, sebentar tadi.