Bom ditemui di rumah suspek dadah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, bom tersebut dijumpai di dalam pasu bunga di hadapan rumah suspek berusia 47 tahun.

Katanya, bom itu bagaimanapun berjaya dimusnahkan oleh unit pemusnah bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada hari sama di lokasi kejadian.

“Dalam serbuan pertama pada pukul 4.30 pagi itu, kita telah menahan suspek yang tidak bekerja dan pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mempunyai 11 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Susulan daripada tangkapan tersebut, seorang wanita dan lelaki turut ditahan masing-masing di Taman Seri Kurau serta Jalan Siakap, Bagan Serai.

“Menerusi tiga serbuan itu, kita berjaya merampas heroin seberat 1,219.64 gram, syabu (113.47 gram), erimin (350 biji) dan estacy (tujuh biji). Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM32,422.20,” katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan direman tujuh hari sehingga 15 November ini.

Related Articles