Boikotlah UMNO Pahang hingga ‘hari kiamat’, kata MB kepada NUJ

“Terpulang kepada NUJ. Itu hak mereka. Sebagai orang tua, saya tidak berkecil hati.

“Saya tidak akan menyimpan dendam. Sejak menjadi Menteri Besar, saya selalu mengutamakan media dan menyokong program mereka,” katanya.

Beliau menambah, NUJ mempunyai hak untuk memulaukan akvititi UMNO Pahang selagi orang ramai tidak melakukan perkara sama terhadap Barisan Nasional.

“Saya mahu mengingatkan bahawa beberapa ahli NUJ pasti akan kesusahan tanpa sokongan UMNO,” katanya kepada media, Isnin.

Pada Sabtu, wartawan yang bertugas pada konvensyen UMNO Pahang diejek dan diarahkan keluar oleh delegasi parti ketika mereka membuat liputan ucapan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada majlis penutup.

Perkara itu disedari oleh Adnan apabila melihat kehadiran ramai wartawan di dalam dewan dan memaklumkan kepada mereka bahawa beliau tidak memerlukan liputan media.

Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak meminta Adnan dan UMNO Pahang memohon maaf susulan insiden tersebut.

Related Articles