BNM selesai siasatan 1MDB

“Kami telah menyelesaikan semua siasatan kami ke atas 1MDB berdasarkan kesemua maklumat dan kertas siasatan.

“Kami sudah mengenakan penalti kepada syarikat itu dan mengambil semua tindakan perlu mengikut bidang kuasa kami di bawah undang-undang dan kami telah tutup siasatan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia pada Jumaat.

Muhammad berkata demikian bagi mengulas sama ada bank pusat itu akan menjalankan siasatan baharu terhadap 1MDB susulan hasil siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Dilaporkan bahawa DoJ telah menfailkan saman sivil terhadap beberapa individu bagi mendapatkan kembali aset bernilai lebih US$1 bilion (RM4.01 bilion), yang didakwa hasil daripada US$3.5 bilion yang diselewengkan daripada 1MDB.

“Apabila ia melibatkan kerjasama antarabangsa, kami tertakluk kepada protokol dan peraturan tertentu, kami akan tertakluk secara ketat kepada protokol berkenaan apabila ia melibatkan kerjasama dengan badan siasatan luar,” katanya.

Pada April, BNM mengenakan kompaun ke atas 1MDB atas kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan bank pusat itu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. – Bernama

Related Articles