BN, Umno sedia hadapi ‘parti baru’ Tun M

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika mengulas berkenaan pengumuman berkenaan semalam dan berkata bahawa Umno dan BN tidak tergugat dengan gerakan baru tersebut.

Menurutnya, keadaan parti yang kian mengukuh itu terbukti selepas berjaya mencapai kemenangan di dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kita tak mahu terlalu yakin dan saya sudah maklumkan kepada rakan komponen dan UMNO agar merapatkan barisan untuk menghadapi apa juga cabaran daripada pembangkang atau parti baharu.

“Ini kerana kita mahu memastikan BN terus kukuh dan kekal sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada media selepas perasmian Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-11 di Ulaanbaatar, Mongolia.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa parti itu bersedia untuk melawan gabungan pembangkang baru itu.

Malah beliau juga positif bahawa BN akan berjaya menghadapi stuasi sebegini memandangkan ianya bukan pertama kali buat mereka.

“Apa yang penting ialah kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Malah, kami yakin gabungan ini hanya akan melemahkan lagi pembangkang dan menguatkan lagi peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum depan,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Abdul Rahman menambah, beliau tidak melihat gabungan baru yang tertubuh itu bukanlah sesuatu yang mempunyai agenda untuk Malaysia sebaliknya lebih kepada kepentingan seseorang individu yang tamak kuasa.

Kami akan menjelaskan kepada orang ramai supaya tidak mempercayai gabungan yang goyah ini, didorong oleh seorang individu yang mempunyai satu objektif untuk menjatuhkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) sedia ada. Rakan komponen mereka tidak mempunyai agenda untuk Malaysia,” katanya.

Beliau juga melihat gabungan tersebut sebagai sebuah “hubungan yang berbahaya” kerana didorong hasad kekecewaan dan gagal untuk menangkap imaginasi sebenar keseluruhan rakyat Malaysia.

Related Articles