BN tuduh Rafizi keluar laporan tak benar mengenai MRT

Rafizi didakwa membuat perbandingan projek keretapi seluruh dunia dengan MRT dan mengeluarkan maklumat yang tidak benar sekali gus mengelirukan rakyat.

Biro Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa Rafizi menuduh kononnya kos projek tren yang dibangunkan di Korea Selatan dan Perancis adalah tiga kali ganda lebih rendah dari kos pembinaan MRT di negara ini.

“Rafizi tidak memperolehi maklumat berkenaan dari pihak boleh dipercayai sebaliknya dia mengambil maklumat dari akhbar dunia.

‘Pengiraan dan penilaian kos untuk beberapa projek tren didapati dikurangkan oleh Rafizi dalam kenyataannya,” katanya.

BN juga mempersoalkan, apakah Rafizi Ramli mampu menyoal projek LRT yang akan dilaksanakan dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di Bayan Baru menelan kos RM25.7 juta untuk setiap kilometer.

“Kenapa tidak mahu mempersoalkan kos setiap kilometer pembinaan LRT oleh kerajaan DAP itu,” soal beliau lagi. – Tamil Nesan.

Related Articles