BN tubuh jawatankuasa pantau isu persempadanan semula

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jawatankuasa itu diketuai Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dianggotai kesemua setiausaha agung komponen parti.

“Jadi melalui jawatankuasa itu, kita akan menyatukan semua pandangan dan cadangan berkaitan usul tersebut.

“Mudah-mudahan kita akan dapat keputusan yang dilihat adil oleh semua pihak,” katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, di sini semalam.

Turut hadir, presiden MIC Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, presiden Gerakan Mah Siew Keong, presiden myPPP Tan Sri M.Kayveas. – Makkal Osai

Related Articles