BN buat perkara pelik di PRK Kuala Kangsar, kata bekas pemimpin

Sedangkan, beliau berkata berkempen adalah peluang terbaik kepada calon untuk mengenali pengundinya namun, beliau melihatkan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid adalah sekadar meraih simpati rakyat.

“PRK Kuala Kangsar kali ini agak pelik kerana BN meletakkan calon yang tidak boleh turun berkempen,” katanya.

“Berkempen bukan sahaja berjumpa pengundi tetapi turun mendengar masalah rakyat dan menyelami masalah setempat. Kalau menang nanti, bolehlah rakyat dibantu segera. Kalau kali ini calon tidak turun langsung untuk berkempen, maka ia satu kekurangan.

“Kalau sekadar meraih simpati itu bukan kredibiliti Umno atau BN sebab selalunya mereka meletakkan calon bukan sahaja untuk menang tetapi berkhidmat kepada rakyat,” katanya, memetik laporan Sinar Harian, pada Isnin.

Hamidah berkata, sekiranya pembangkang menang pada kedua-dua kerusi Parlimen termasuk Sungai Besar, menunjukkan mesej tersembunyi kepada pimpinan daripada rakyat.

“Sekiranya pembangkang menang ia adalah faktor rakyat menolak BN itu sendiri. Kekalahan kedua-dua kerusi berkenaan tidak menjejaskan BN yang masih kekal memerintah.

“Tetapi ini peluang terbaik untuk rakyat hantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi sudah menolak beliau,” katanya.

Related Articles