BN belum putus calon PRK Sungai Besar, kata anggota Majlis Tertinggi

Beliau juga berkata, BN mempunyai formula mereka sendiri dalam menentukan calon yang layak untuk bertanding dalam PRK tersebut.

“Tak timbul lagi isu calon lelaki, wanita atau veteran Umno sebab belum ada lagi perbincangan di peringkat tertinggi parti setakat ini,” katanya, memetik laporan Sinar Harian, pada Isnin.

Sohaimi berkata, pihaknya yakin, BN akan mengemukakan calon yang mampu meneruskan kesinambungan tugs yang pernah disandang oleh Allahyarham Datuk Noriah Kasnon sebelum ini.

“Saya yakin kita akan mengemukakan calon yang menonjol dan mampu mengambil hati rakyat di Sungai Besar.

“Calon yang dikemukakan juga mampu meneruskan kesinambungan kerja yang disumbangkan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon sebelum ini,” katanya .

Sohaimi berkata, BN sudah berpengalaman di dalam PRK dan tidak mempunyai masalah mencari calon yang bersesuaian di Sungai Besar.

“Kami bukan macam parti belah sana, belum letak calon dah berbalah sesama sendiri.

“Bagaimana mahu berkhidmat untuk rakyat kalau mereka sendiri tak ada persefahaman,” katanya.

Related Articles