Biro Penerangan UMNO dirombak

Ketuanya, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan perkara tersebut dan berkata ahli-ahli biro berkenaan akan lepas dari tugas bermula hari ini.

Ini bagi membolehkan aturan penyusunan biro dapat dilakukan semula secara menyeluruh.

“Kami telah menghantar surat pelantikan untuk menjemput ahli yang dipilih menyertai biro ini,” katanya memetik laporan portal mStar hari ini.

Annuar yang menggantikan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Tebrau di Johor Bahru.

Beliau berkata biro itu akan memberi tumpuan kepada merapatkan jurang antara mereka yang berpengalaman dan ahli-ahli muda.

Related Articles