Sistem pendidikan semasa didakwa punca kepada peningkatan itu, dakwa Pengarah Urusan Myskills, G. Devasharma.
“Sistem pendidikan negara sedia ada tidak mempunyai daya persaingan yang kompetitif.
“Walaupun seseorang pelajar tidak berupaya mencatat keputusan cemerlang, sistem pendidikan yang membenarkan dia meneruskan pendidikan sehingga UPSR menyebabkan mereka ketinggalan dalam akademik.
“Selepas melangkah ke sekolah menengah dalam keadaan ini, mereka terpaksa melepaskan pendidikan diseparuh jalan setakat tingkatan satu dan dua,” dakwanya.
Ketidakupayaan mempersiapkan diri dengan suasana pendidikan di peringkat sekolah menengah rendah juga didakwa sebagai satu lagi faktor yang memaksa pelajar India tidak dapat meneruskan pendidikan ke tahap seterusnya.
Pada peringkat pendidikan awal, seseorag pelajar tidak boleh diberhentikan dari sekolah. tetapi jika pelajar yang sama maju di sekolah menengah, pelajar yang ketinggalan dalam pendidikan tidak dapat mempersiapkan diri mengikut sistem pendidikan itu.
“Ia menolak mereka kepada keadaan melepaskan pendidikan di separuh jalan.
Dalam pada itu pelajar India yang melepaskan pendidikan di sekolah menengah meningkat ke tahap membimbangkan, menurut bekas penasihat undang-undang MIC, T. Selvamukkaiyah.
Pelajar yang berhenti dari sekolah menengah akibat kemiskinan keluarga adalah paling ramai.
“Bagaimana pelajar kelaparan boleh fokus dalam pelajaran di sekolah..sebenarnya pemimpin bertanggungjawab harus menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk pelajar nasib malang ini supaya mereka tidak tercicir,” katanya. – Tamil Nesan