“Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO,” katanya ambil disahut tepukan gemuruh.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands, pada Sabtu.
Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk tempoh 22 tahun lagi, Perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.
“Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian UMNO, ingat senang nak dapat, satu pun susah.
“Tetapi bila saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri saya ambil langkah pinda Perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih,” katanya.
Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.
“Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.
“Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia,” katanya. – Bernama