Bersih 5 di Dataran Merdeka

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut demonstrasi berkenaan.

Dataran Merdeka merupakan lokasi lazim bagi kumpulan tersebut.

Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari merayu supaya orang ramai menghulurkan derma kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan himpunan tersebut.

Katanya mereka menyasarkan mengutip RM500,000 bagi membiayai dan menjayakan Bersih 5.

Demonstrasi Bersih 4 pada Ogos tahun lalu turut dijalankan di Dataran Merdeka.

Related Articles