Bagaimanapun Pengerusinya, Maria Chin memaklumkan pihaknya belum memutuskan tarikh dan masa ianya akan dibuat.
Jelasnya, himpunan ini akan diadakan bagi membantah terhadap skandal rasuah melibatkan 1MDB susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
“Ekoran tindakan DOJ, rakyat Malaysia berpendapat bahawa Bersih 2.0 harus mengadakan perhimpunan awam untuk membantah skandal korupsi 1MDB.
“Oleh itu kami percaya bahawa cadangan untuk turun ke jalanraya merupakan satu cadangan yang tepat.
“Masa dan tarikh aksi Bersih 5 akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di pejabat Beraih 2.0 di Petaling Jaya di sini.
Menurut Maria, keputusan itu dicapai setelah Bersih 2.0 mengadakan mesyuarat konsultasi dengan beberapa pihak termasuk NGO, kump akar umbi, anak muda, ahli akademik dn pemimpin masyarakat dalam tempoh dua minggu lepas.
Mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi himpunan tersebut, Maria mengakui pihaknya memerlukan masa untuk memberi kesedaran kepada rakyat selepas kegagalan himpunan Bersih 4 sebelum ini.
Himpunan Bersih 4 gagal menarik ramai orang untuk turun berhimpun terutamanya orang Melayu luar bandar menyaksikan ianya didominasi oleh kaum Cina.
“Tidak ada masalah untuk tetapkan tarikh dan lokasi tetapi kita perlu mewujudkan kesedaran trlebih dahulu.
“Berdasarkan pengalaman lepas (Bersih 4), rakyat tidak turun bila tidak faham dengan isu yang dibawa,” ujarnya.
Tambah Maria, pihaknya juga akan memujuk PAS untuk menyertai himpunan Bersih 5.