BERSATU terima sambutan menakjubkan untuk daftar ahli

Setiausaha Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Kamarulazman Habibur Rahman berkata, walau bagaimanapun pendaftaran menjadi ahli hanya boleh dilakukan setelah parti itu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Justeru bagi mengelakkan sebarang halangan, kekeliruan dan kekangan terhadap kelulusan BERSATU, saya ingin menyeru agar semua pihak bersabar dan jangan mengeluarkan sebarang borang keahlian sendiri yang akan mengelirukan orang-ramai.

“Yakinlah kita mempunyai borang keahlian sendiri dan sebaik sahaja kita mendapat kelulusan daripada RoS, borang ini akan diedarkan sama ada diisi secara atas talian ataupun secara manual melalui borang,” katanya melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Pada Selasa lalu, BERSATU telah menghantar borang permohonan pendaftaran parti kepada RoS secara rasmi.

Setakat ini, status kelulusan parti tersebut masih belum diputuskan pihak pendaftar.

Parti berkenaan akan dipengerusikan oleh Dr Mahathir sendiri, manakala presidennya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan gandingan timbalan presiden akan dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Related Articles