Malah menurutnya, BERSATU juga mampu menggoyahkan kedudukan UMNO yang sebelum ini menjadi parti tunggal untuk orang Melayu dan bumiputera.
“Saya berharap mereka akan tampil dengan kombinasi Malaysia yang sebenar. Ia terpulang kepada kapasiti pemimpinnya, mereka sangat berpengalaman untuk menjadi pembangkang yang efektif,” katanya di dalam satu sidang media, hari ini.
Musa berkata lagi, parti baru itu juga mampu memecahkan undi di kalangan Melayu dan tidak dinafikan bahawa akan ada yang menggunakan ruang ini untuk menggunakan sentimen perkauman bagi memenangi pertandingan dalam pilihan raya.
“Cabarannya kepada orang Melayu. Sekarang kita ada tiga atau empat parti yang cuba untuk mendapatkan undi Melayu.
“Maaf untuk dikatakan bahawa negara ini masih bersifat perkauman. Sama ada anda suka atau tidak, banyak parti cuba untuk mengeksploitasi perasaan perkauman,” tambahnya.
Malahan Musa juga mengakui, pembabitan Dr Mahathir sebagai antara penggerak kepada penubuhan BERSATU akan mencabar UMNO.
“Parti baharu ini yang berorentasikan bumiputera atau Melayu, ia bermakna mereka akan menjadi pencabar kepada UMNO.
“UMNO mahu terus menjadi nasional dan ia akan memecahkan undi Melayu. Inilah masalahnya. Jadi mereka mesti buat perkiraan dan pertimbangkan mengenai perkara ini,” katanya. –mStar