BERSATU bukan untuk Melayu dan Pribumi sahaja

Bakal presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan perkara berkenaan yang mana bangsa lain turut boleh menyertai parti itu namun sebagai ahli bersekutu.

“Mereka punya hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa. Namun boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan,” katanya ketika ditemui di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Keahlian parti ini terbuka kepada semua yang berstatus pribumi, Melayu dan bumiputera termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menjelaskan bahawa BERSATU mengambil pendirian untuk menjadi parti yang bersifat inklusif, menjamin dan juga progresif.

“Kita juga sentiasa bersifat neutral disamping mempunyai agenda reformasi dan keadilan untuk memelihara hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Menegakkan kebenaran dan menentang kenmungkaran,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Muhyiddin menambah, parti itu tidak akan mampu untuk bergerak sendiri dan memerlukan sokongan daripada parti-parti lain yang mempunyai tujuan dan agenda yang sama.

Maka, beliau tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik yang ada di negara ini bagi tujuan untuk menyelamatkan Malaysia.

“Kita sanggup untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik dan NGO yang mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan yang sama.

“Daklam perlembagaan parti yang kita kemukakan kepada RoS, telah digariskan beberpa tujuan dan matkamat asas parti ditubuhkan termasuk memperjuangkan hak semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan lakukan reformasi institusi secara menyeluruh,” katanya lagi.

Related Articles