Berjaya Food catat kerugian RM42.58 Juta

Berjaya Food, syarikat induk disebalik sejumlah jenama makanan di Malaysia, termasuk Starbucks di Malaysia kini telah mengeluarkan penyata tahunan untuk suku berakhir 31 Disember 2023 lepas. Melaluinya, ia memperlihatkan kerugian sebanyak RM42.58 juta.

Kerugian ini dilihat adalah disebabkan oleh boikot yang berlaku disebabkan oleh konflik melanda Palestin. Mengikut pendapatan yang direkodkan, Berjaya Food menjana RM182.55 juta pada suku lepas, berbanding RM295.32 juta untuk tempoh sama sebelumnya.

Pihak Berjaya Food sendiri menyatakan boikot memberikan kesan terhadap pendapatan mereka ini. Mengikut sasaran awal, Berjaya Food percaya prestasi pendapatan akan meningkat pada suku tahunan akan datang.

Related Articles