Beri kami ruang sebelum dipecat, rayu Mukhriz

by SM Amin

Kata Mukhriz, beliau redha sekiranya dipecat tetapi mahu apa sahaja keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada perlembagaan parti.

“Saya harap mereka akan guna perlembagaan, tidak ambil tindakan sewenang-wenangnya.

“Maksudnya kena ada siasatan oleh lembaga disiplin, kami diberi tunjuk sebab mungkin, diberi ruang untuk membela diri dan tidak hanya mengambil tindakan pecat tanpa mengikut lunas-lunas perlembagaan parti,” katanya kepada RakyatPost.my ketika ditemui di program Santai Malam Kumpulan Melayu Berani Bersatu bersama Mukhriz di Istana Bambu, Ampang di sini.

Usul pemecatan kedua-dua pemimpin UMNO itu sebelum ini disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyifatkan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz sudah melampaui batas kerana menjadi sebahagian daripada komplot menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengakui parti itu menerima desakkan daripada akar umbi untuk segera merujuk tindakan Muhyiddin dan Mukhriz kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat UMNO walaupun banyak laporan diterima parti.

“Tidak, kami perlu tunggu sehingga ke mesyuarat Majlis Tertinggi. Mereka (akar umbi) tidak mewakili dalam Majlis Tertinggi,” katanya.

Related Articles