Beri BN peluang di Terengganu, kata Hadi Awang

Parti itu juga katanya tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.

“Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita…kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.

“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika PAS perintah Terengganu sebelum ini)…dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya, malam tadi.

Hadi berkata, selaku parti yang mendokong demokrasi, PAS tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hadi turut mengakui PAS dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Berdasarkan sambutan baik yang diterima rakyat Sarawak ketika ini, kita yakin mampu memiliki dua atau lebih kerusi dalam PRN kali ini, malah kehadiran kita juga turut diterima baik masyarakat di negeri berkenaan,” katanya.

Keretakan hubungan antara PKR dan DAP yang meletakkan calon di kawasan yang sama juga katanya dilihat memberi kelebihan kepada PAS dalam pilihanraya kali ini.

“Kemungkinan ada positif kepada kita (kemelut pertindihan kerusi antra DAP dan PKR)..dan kita juga sudah umum lebih awal mengenai calon kita iaitu 11 daripada 80 kerusi yang dipertandinga..jadi peluang untuk kita (Pas menang) ada,” katanya.

Related Articles