Berapa lama Mahathir sanggup tunggu saman Najib selesai

 
Beliau berkata, Mahathir juga berkemungkinan terpaksa menerima hakikat bahawa usahanya itu hanya akan menjadi ‘kubur’ baru disamping kes-kes lain di mahkamah. 
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada beberapa kes yang hampir sama sebelum ini dan gagal mencapai matlamat kes dan juga mempunyai kesudahan yang menggembirakan. 
 
“Pada tahun 1999, Anwar Ibrahim telah menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM100 juta. Pada tahun yang sama beliau juga menyaman akhbar The Sun dengan jumlah yang sama iaitu RM100 juta. Seterusnya pada tahun 2008, Anwar telah memfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin sebanyak RM100 juta diikuti pada tahun 2011, terhadap Nallakaruppan sebanyak RM100 juta dan pada tahun 2015 beliau menyaman NST beserta tiga yang lain dengan jumlah sebanyak RM70 juta,” katanya, dalam satu kenyataan pada Rabu.
“Semua itu merupakan beberapa senarai panjang saman sivil yang akhirnya senyap begitu sahaja – kecuali kes saman Khalid Jafri Bakar Shah di mana Anwar telah menerima sebanyak RM4.5 juta, hanya selepas sembilan tahun kemudian dan defendan telahpun meninggal dunia.  Jadi, ianya masih lagi tidak jelas berapa panjang jangka masa saman Mahathir akan ‘berkubur’ di mahkamah dan keputusan yang akan diambil pada akhirnya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. 
 
Beliau berkata demikian berikutan tindakan Tun Mahathir, bersama bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang memfailkan saman terhadap Najib dan menuntut wang berjumlah RM2.6 billion. 
 
“Ini tidak syak lagi satu kes yang sangat menarik kerana sekarang ini terserah kepada Mahathir untuk membuktikan siapa yang bersalah dan tidak lagi memberi beban kepada Najib untuk membuktikan beliau sememangnya tidak bersalah. 
 
Mahathir juga katanya perlu meyakinkan mahkamah bahawa beliau mempunyai locus standi dan bagaimana beliau telah menanggung kerugian peribadi, kecederaan atau bahaya.
“Persoalan yang lebih penting ialah adakah Mahathir kini, akan berhenti bercakap apabila kes ini telahpun dibawa ke mahkamah dan jika beliau masih juga terus bercakap mengenai kes tersebut apa yang akan berlaku? 
 
“Dan apa yang berlaku jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi Tun Mahathir? Adakah beliau akan menerima keputusan muktamad tersebut dan meletakkan titik noktah terhadap perkara ini?,” katanya lagi. 

 

Related Articles