Berapa lagi Selasa Syed Saddiq perlu untuk umum jumlah keahlian BERSATU?

Pada laporan di MalaysiaKini bertarikh 4 Oktober (Selasa) dikatakan Syed Saddiq akan mengumumkan jumlah keahlian Parti Bersatu Pribumi. Bahkan tersebar meluas di lain lain portal juga berita yang sama.

Maka jika dilihat pada tarikh hari ini 25 Oktober, kebetulan hari Selasa, maka boleh dikatakan sudah 3 Selasa berlalu, tetapi Syed Saddiq masih membisu dan sembunyikan diri tanpa muncul di mana mana forum, ceramah atau pentas mahu pun sidang media untuk umumkan jumlah keahlian Parti Bunga sebagai dijanjikan.

Bukan ada sesiapa yang tuntut tarikh umum keahlian, tetapi Syed Saddiq sendiri sebagai ahli majlis kepimpinan PPBM sendiri yang kata akan dedahkan.

Makanya, kita cuma bertanya, kenapa tidak tepati janji? Apa masalahnya? Ada masalah kah?

Jika tidak ada forum atau pentas atau apa apa pun event untuk jadi platform mengumumkan jumlah keahlian, Syed Saddiq boleh saja umum pada twitter atau pun FB peribadi. Hanya sebut jumlah sahaja, itu bukan susah pun.

Atau, mungkin ada masalah agak nya.

Mungkin gembar gembur tidak sehebat realiti, adakah itu kemungkinannya?

“Exodus” yang diwar-warkan tidak menjadi, tiada berbondong ahli UMNO atau pun individu yang ramai berlumba-lumba masuk mahu menjadi ahli parti Bunga kerana menyedari ia hanya sebuah parti opsyen terakhir perjuangan peribadi Tun Mahathir sahaja.

Mungkin rakyat sedar hayat sebuah parti picisan selalunya tidak lama dan mati tanpa kubur dan peninggalan jasa seperti Semangat 46 dan lain lain.

Umum juga tahu PAN adalah parti hamba abdi DAP dan PKR adalah parti keluarga Anwar, maka Parti Bunga di letak sebaris dengan parti picisan seperti PAN dan PKR. Orang kata nyawa PKR sepanjang hayat Anwar Ibrahim sahaja.

Apa pun, kita kembali kepada persoalan kenapa masih tidak dapat umum kan jumlahnya lagi?

Tidak kiralah sama ada cuma 20,000 sahaja yang mendaftar atau 100,000 tidak mengapa, asalkan ia dapat di umumkan seperti di janjikan.

Berapa hari Selasa kah yang Syed Saddiq mahu tunggu untuk umum?

Satu ketika lalu Syed Saddiq sendiri menyatakan orang ramai mengetuk cermin kereta tanpa henti untuk meminta borang keahlian untuk masuk parti Bunga, maka tentu sekali kini jumlahnya sudah berpuluh ribu, jika peristiwa ketuk cermin kereta di ambil kira.

Sebagai pihak yang sudah lebih lama ceburi politik, kita hendak berpesan, jangan terlalu “overzealous” dalam apa apa hal.

Jangan beremosi, belajarlah dari penaung parti bunga itu sendiri iaitu Tun Mahathir Dia tidak tunjuk apa dia hendak lakukan didepan orang ramai, tetapi dia bertindak belakang tabir, sama juga dengan dia tidak pernah umum siapa dia Perdana Menteri yang dia hendak naik kan pada tahun 2018-2020.

Maka persoalan akhir, berapa Selasa kah kita perlu tunggu untuk parti Pribumi yang wujud kerana Tun Mahathir gagal perguna Presiden UMNO akan umum kan jumlah ahlinya?

Lagi berapa Selasa?

 

Dipetik dari Facebook Beruang Biru

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles