VIDEO: Berang di ‘booo’, Siti Kassim tunjuk ‘jari tengah’ di Wacana Sinar

by SM Amin

Dalam sesi soal jawab program itu, Siti Kassim bangkit mempertikaikan hujah–hujah ahli panel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyokong pindaan akta tersebut.

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, Siti Kassim mempersoalkan mengapa beliau terpaksa mengikut undang-undang tersebut sedangkan urusan agama adalah antara beliau dan tuhan.

“Saya seorang Melayu dan seorang Islam tetapi kenapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini? Ini antara saya dengan Tuhan, tetapi kenapa saya kena ikut cara Islam kamu.

“Saya tidak peduli sekiranya akta ini diluluskan tetapi saya rasa dipaksa sebagai seorang Melayu dan Islam di Malaysia,” bentak Siti Kassim.

Melihat perkara itu, hadirin mula membuat bising dan sebelum Siti Kassim duduk, beliau sempat menunjukkan isyarat lucah ‘jari tengah’ kepada hadirin yang majoriti tidak bersependapat dengannya.

Sinar Harian hari ini menganjurkan Wacana Siri 41 yang bertajuk ‘Pindaan Akta 355: Antara realiti dan persepsi’ di bangunan Karangkraf yang turut menampilkan Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP, Pusat Tan Seng Giaw dan Ketua Pasukan Perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah MCA, Gan Ping Sieu.

https://www.youtube.com/watch?v=D8qzuhmjjXw

Related Articles