Belasah isteri hingga mati, tukang masak digantung

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu ke atas Jamaluddin Ali, 43, selepas pihak pembelaan yang diwakili peguam Mahadi Muhammad gagal menimbukan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Jamaluddin Ali dituduh membunuh kerani akaun, Nurhidayah A Ghani, di rumah mereka di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5, Jalan Puchong di antara 15 sehingga 17 Mei 2013.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk tertuduh dipanggil sepanjang perbicaraan kes.

Related Articles