Bekas pengawal keselamatan dituduh sokong IS

Menurut laporan BH Online, tertuduh, Zilah Tajuddin, 43, didakwa memberi sokongan dengan cara menggalakkan perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan memuat aktiviti kumpulan pengganas itu melalui aplikasi Telegram (kumpulan Tauhid State) di sebuah rumah beralamat No 79602, Jalan Cenderawasih, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh, pada 4 hingga 17 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas harta yang digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menggalakkan berlakunya perbuatan kumpulan pengganas sama juga melalui aplikasi serta pada masa serta lokasi sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun dan denda.

Zilah hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suhaima Mohd Noor dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Suhaima kemudian menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu pihak pendakwaan memohon izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Related Articles