Bekas pekerja Bank BSI orang kedua disabitkan dalam siasatan 1MDB

Yew Foong, 45, mengaku terhadap tiga tuduhan di mahkamah negeri Singapura pada Jumaat dengan membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urus niaga mencurigakan yang didakwa berkait dengan pembiaya Malaysia Low Taek Jho.

Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dua minggu.

Penyelia Yew Foong, Yak Yew Chee, sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu selepas mengaku bersalah pada bulan November untuk kesalahan yang sama.

Yew Chee, 57, yang juga didenda S$24,000, akan menyerahkan S$7.5 juta kepada negeri itu bagi ‘menunjukkan penyesalan sebenar beliau’, kata peguamnya bulan lepas.

Seorang lagi pekerja BSI ketiga, pengurus perhubungan, Yeo Jiawei, mengaku tidak bersalah dan keputusan untuk tuduhan mengganggu saksi dijangka dibuat pada 21 Disember ini.

Jiawei, 33, menghadapi tujuh tuduhan lain, termasuk pengubahan wang haram dan menipu.

Perbicaraan mereka akan dibuat secara berasingan, dijangka bermula pada April tahun depan.

BSI telah ditutup di Singapura pada Mei kerana urusannya dengan 1MDB, seperti mana Falcon Private Bank bulan lepas.

Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Singapura sebagai seorang yang mempunyai kepentingan dalam siasatan transaksi haram yang sedang dijalankan melibatkan 1MDB, di sebalik dakwaan beliau telah menggelapkan wang berbilion ringgit dari dana negeri ini.

Beliau sebelum ini menyifatkan tugasnya dengan 1MDB sebagai kerja-kerja perundingan tidak rasmi yang tidak melanggar mana-mana undang-undang. – The Straits Times/Asia News Network

Related Articles