13
Haris Che’ Mat melalui jemputan media yang di edarkan sebentar tadi berkata sidang media itu akan diadakan di Pokok Sena jam 4.00 petang ini.
Mukhriz dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu kerana didakwa bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menggulingkan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya.
Susulan itu, Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan sebuah parti baharu dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.