Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, sama ada perdana menteri atau bekas pemimpin negara berkenaan, kedua-dua mereka tidak terlibat hingga menyebabkan pemimpin pembangkang tersebut dipenjarakan.
“Dr Mahathir tidak ada kena mengena dengannya. Dia tidak dipanggil oleh pihak polis,” katanya pada sidang media di Hotel Shah Village di sini Rabu.
Beliau berkata Najib yang merupakan timbalan perdana menteri ketika Anwar didakwa pada 2008 juga tidak ada kena mengena dengan kes itu.
Musa telah menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya bahawa dia dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail telah membantu mereka-reka tuduhan liwat berkenaan.
“Ini adalah fitnah dan tidak pernah ada apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa wujudnya konspirasi,” katanya memetik mStar Online.