Bekas jururawat didakwa tumbuk tunang

Tertuduh Muhammad Zulkhairi Misman, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menyebabkan cedera parah kepada seorang jururawat, Natasha Shareena Hairil Anuar, 24, dengan menumbuk sehingga retak tulang di bawah mata sebelah kanan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 9, Jalan SS 20/18, Damansara Kim, Damansara, di sini kira-kira pukul 12.25 tengah malam, 7 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Disember ini, memetik laporan Kosmo Online.

Related Articles