16
Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang gangguan bekalan air di negeri itu walaupun negara berdepan cuaca panas akibat fenomena El Nino.
“Buat masa ini kapasiti takungan air empangan menunjukkan paras melebihi 60 peratus yang mana berada di atas paras kritikal iaitu 30 peratus.
Dengan kekerapan hujan sejak kebelakangan ini, kita yakin tiada gangguan air akan berlaku sehingga cuaca kembali normal (daripada cuaca panas) menjelang akhir bulan depan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan tetap membuat pemantauan berhubung situasi air di empangan bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna.