Bekalan air mula pulih Rabu hingga Jumaat – SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan malam ini, berkata pemulihan itu bermula 4 petang hingga 9 pagi Jumaat ini, dengan proses pemulihan di Zon 1 dan Zon 2 menunjukkan peningkatan kecuali beberapa kawasan yang masih belum mencapai pemulihan sepenuhnya.

Ahad lalu, beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan LRA Sungai Semenyih.

LRA itu ditutup akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

SYABAS berkata, segala usaha sedang dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terbabit. Bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan terbabit hingga bekalan pulih sepenuhnya.

Pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat demi mempercepatkan proses bekalan air, kata kenyataan itu. – Bernama

Related Articles