Bekalan air di Lembah Klang kembali pulih

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan laporan yang diterima setakat 7 pagi ini, status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat selesai 100 peratus bagi zon 1 dan 99.5 peratus bagi zon 2.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor yang berusaha gigih sepanjang waktu menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas.

“Keselesaan pengguna air adalah keutamaan kerajaan negeri khususnya sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Mohamed Azmin dalam pada itu berkata kerajaan negeri tetap akan terus memantau keadaan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi untuk pengguna di Lembah Klang.

Terdahulu, Air Selangor dalam satu kenyataan berkata bekalan air di hampir semua kawasan yang terganggu akibat kerja penyelenggaraan itu telah pulih kecuali di Kampung Rantau Panjang dan Taman Cempaka Sari, Klang. –Tamil Malar

Related Articles