Beberapa kawasan di Pulau Pinang mula dinaiki air

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Manis, di Prai, Kampung Nelayan Sungai Batu dan Kampung Nelayan Gertak Sanggul di Teluk Kumbar.

Menurut laporan BH, paras air di kampung Manis di Prai telah mencecah 0.3 meter mulai jam 12 tengah malam tadi.

Bagaimanapun, keadaan di Kampung Nelayan Sungai Batu dan Kampung Nelayan Gertak Sanggul di Teluk Kumbar dilapor masih terkawal.

Susulan kejadian itu, beberapa kawasan berkenaan kini diselia anggota daripada pelbagai agensi penyelamat dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Related Articles