Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, dalam kejadian 10 pagi, bapa mangsa, Nasri Nayan, 47, memaklumkan anaknya terjaga daripada tidur lalu batuk tidak berhenti-henti.
Menurutnya, selepas batuk tidak berhenti tiba-tiba anaknya menarik satu nafas dan memejamkan mata.
“Bapa bayi berkenaan yang bimbang membawa anaknya ke Hospital Baling (HB) apabila didapati tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana badannya sudah bertukar kebiruan.
“Ketika doktor memasukkan tiub oksigen melalui mulut terdapat susu keluar dan doktor mengesyaki kematian mungkin disebabkan tersedak susu,” katanya.
Katanya, kejadian menimpa mangsa juga menghidap jantung berlubang dan sindrom down diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Harian Metro