Bayi pertama dunia lahir teknik DNA 3 individu

Bayi lelaki itu dilahir lima bulan lalu di Mexico kepada ibu bapa warga Jordan, ia sihat dan dalam keadaan baik, lapor majalah New Scientist sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang ekslusif.

Ibu bayi itu membawa genetik bermasalah dikenali sebagai Sindrom Leigh, ia adalah sejenis penyakit sistem saraf membawa maut.

Dua anak beliau sebelum ini maut akibat penyakit itu. Beliau sendiri sudah empat kali keguguran.

Identiti wanita itu dirahsiakan New Scientist dan suaminya mendapatkan bantuan seorang doktor daripada New Hope Fertility Center di New York untuk menimang cahaya mata dengan hubungan genetik tetapi tidak membawa penyakit keturunan terbabit.

Amerika Syarikat tidak meluluskan sebarang kaedah tiga ibu bapa untuk tujuan kesuburan, jadi Zhang pergi ke Mexico di mana beliau dipetik majalah New Scientist sebagai berkata, “Tiada peraturan di sini.”

Difahamkan, satu kaedah yang diluluskan di United Kingdom dikenali sebagai pemindahan pro nukleus, namun ibu bapa itu tidak menerimanya kerana ia memerlukan dua embrio dimusnahkan.

Memandang ibu itu membawa genetik penyakit dalam DNA yang daripada keturunan ibunya, Zhang menggunakan DNA nukleus beliau dan menggabungkannya dengan DNA seorang penderma telur menggunakan teknik pemindahan nukleus lilitan.

“Beliau mengeluarkan nukleus daripada salah satu telur ibu itu dan memasukkan dalam sebuah telur penderma yang sudah dikeluarkan nukleusnya,” kata laporan itu.

“Hasilnya telur itu mempunyai nukleus DNA ibu terbabit dan mitokondria DNA daripada penderma yang kemudian disenyawakan menggunakan sperma bapanya.” – AFP

Related Articles