Bayi lelaki ditemui di hadapan rumah kosong

Memetik laporan Utusan Online, bayi berkenaan yang diletakkan di atas kerusi ditemukan oleh seorang wanita yang melintasi kawasan itu kira-kira pukul 8.10 pagi.

Wanita tersebut kemudian membawa bayi itu pulang ke rumahnya sebelum menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superitenden Mohamad Abas mengesahkan penemuan bayi lelaki berkenaan dan pihaknya sedang mengesan ibunya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil memberi kerjasama,” katanya, memetik Utusan Online.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat dipercayai ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah.

Related Articles