Bayi bertali pusat ditemui dalam longkang

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt. Razak Md. Said berkata, bayi itu yang dijumpai dalam keadaan lemah dan agak kebiruan pada pukul 4.30 petang itu, masih bertali pusat dan masih berdarah.

“Bayi perempuan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan dan pemeriksaan.

“Bayi seberat 2.9 kilogram itu kini dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dipercayai dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui,” kata beliau dalam satu kenyataan di Johor Bahru pada Selasa.

Setakat ini, bayi yang belum dikenal pasti bangsa dan keturunannya itu, masih belum dituntut mana-mana pihak.

Razak berkata, bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat kebenaran daripada pihak Pegawai Perubatan.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh tampil menghubungi pihak polis.

Kes itu diklasifikasikan sebagai membuang bayi mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related Articles