14
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pengoperasian bas itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat itu dengan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh kementerian.
“Sekiranya bersetuju, bas-bas sekolah percuma itu akan diselaraskan dengan warna dan tema tertentu khusus untuk kegunaan anak-anak penghuni PPR sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Apartment Seri Ceria 1 dan 2 kepada warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara pada Sabtu.
Katanya selain itu, perkhidmatan bas percuma ke stesen-stesen tren juga akan turut dibincangkan dengan operator bas itu bagi kemudahan penghuni-penghuni PPR. – Bernama