19
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang perlu bekerjasama dalam membentukkan gabungan itu bagi memastikan kemenangan.
“Ini merupakan perkembangan baik sebagai sebuah gabungan politik yang mampu menumbangkan Barisan Nasional.
“Gabungan yang disertai oleh semua parti pembangkang ini boleh kita namakan Barisan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional.
“Jangan tunggu lama-lama kerana kita mesti serius kerana masa tidak menyebelahi kita,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran PPBM di sini, hari ini. -Tamil Malar