16
Kengo Satake, 28 ditahan polis selepas dihubungi pihak hospital yang merawat anaknya, Ryota sebelum mangsa meninggal dunia.
Kengo berulang kali mengatakan beliau ‘tersilap menikam anaknya’.
“Ryota ditikam di bahagian dada dengan pisau dapur,” kata jurucakap polis.
Polis menambah, Ryota maut akibat kehilangan banyak darah.
Menurut saudara-mara Ryota, mangsa sebelum ini berhasrat untuk memasuki sebuah sekolah swasta di Aichi.
Persaingan untuk memasuki sekolah yang terbaik di Jepun dikatakan sangat hebat sehingga mampu mempengaruhi masa depan seseorang.