Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Ong Tun Hang, 58, yang juga mekanik, ditemui mati dengan kesan tikaman di bahu dan rusuk kiri dipercayai menggunakan senjata tajam oleh anaknya, Ong Shi Bao,21.
Difahamkan suspek mempunyai masalah psikologi sejak berumur 16 tahun dan pernah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelun ini untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, hasil sisatan awal pihaknya mendapati, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek selepas mangsa tidak membenarkan suspek keluar dari rumah.
“Berdasarkan saksi kejadian iaiatu seorang lagi anak mangsa, pertengkaran tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam sebelum suspek (adiknya) bertindak mengurung diri dalam biliknya.
“Namun kira-kira pukul 1 pagi, berlaku sekali lagi pertengkaran apabila suspek cuba keluar dari rumah sebelum dihalang bapanya. Berang dengan tindakan bapanya itu suspek telah mengambil sebilah pisau di dapur dan kemudian menikam mangsa di belakang bahu dan rusuk sebelah kiri,”katanya, katanya memetik laporan Kosmo Online.
Alzafny berkata, selepas menikam mangsa, suspek bertindak melarikan diri dari rumah terbabit.
“Namun kita berjaya menangkap suspek kira-kira sembilan jam selepas melarikan diri. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,”ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.