Bantahan komponen BN hanya salah faham

Beliau berkata UMNO sudah menjelaskan kepada parti komponen BN bahawa usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan pindaan perlaksanaan hudud.

Sebaliknya, usul itu bertujuan memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman keatas penganut agama Islam sahaja.

“Mereka ingat Hadi Awang bawa isu hudud. Saya nak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud. Ia untuk meningkatkan hukuman seperti menaikkan (kadar) rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam, dan kaedah merotan bukan untuk mencederakan,” katanya.

Najib berkata demikian mengulas perletakan jawatan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Dr Leong Yong Kong hari ini sebagai membantah usul Hadi itu.

Perdana Menteri menjelaskan bukan mudah untuk melaksanakan rang undang-undang agama Islam memandangkan ia perlu memuaskan beberapa peringkat keputusan.

“Bukan terlalu mudah untuk melaksanakan (undang-undang Islam). Ia perlukan perkenan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Agama Islam dan pindaan undang-undang di Parlimen,” katanya.

Related Articles