18
Gabenor Bank Negara yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini berkata, amara yang dikeluarkan adalah mengenai risiko hutang firma yang yang melambung kepada sistem kewangan negara.
“Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami,” kata Zeti, memetik laporan akhbar perniagaan kepada Bloomberg di Washington.
“Kami memantau dari segi tahap keberhutangan mereka, dan kalau-kalau ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan,” katanya.
Menurut laporan, hutang 1MDB setakat Januari lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).
Zeti juga berkata, Bank Negara telah mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan mengenai lonjakan hutang syarikat berkenaan.