Banjir kilat: Mayat pemuda ditemui dalam air

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shariffudin Yusuf berkata, mangsa, Darul Hafiz Mohd. Danial, ditemukan oleh rakan-rakannya berada dalam keadaan tertiarap di dalam air separas paha ekoran banjir kilat di kawasan itu.

“Kejadian pada pukul lebih kurang 10 pagi setelah mangsa dan rakan-rakannya mengemas barang-barang dalam rumahnya akibat banjir kilat.

“Sebelum itu, mangsa bersama rakan-rakannya terlebih dahulu berehat di tepi pagar Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang setelah penat mengemas barang-barang di rumahnya,” kata Shariffudin ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah, memetik Utusan Online.

Menurutnya, mangsa dikatakan masuk semula ke dalam rumahnya seorang diri kerana mahu mengambil barang.

“Apabila mangsa tidak keluar semula rakan-rakannya itu pergi mendapatkannya sebelum menemukan mangsa tertiarap dalam air, ” katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Related Articles