Menurut portal eBanjir Kerajaan Negeri Kelantan, sehingga jam 10 pagi ini, kesemua mangsa dari daerah Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu dan Bachok kini ditempatkan di 33 pusat pemindahan yang mula dibuka pagi semalam.
Kota Bharu mencatatkan bilangan paling ramai apabila 1102 mangsa dari 287 keluarga di pindahkan di 10 pusat pemindahan yang dibuka sejak semalam.
Kesemua mangsa ditempatkan di Islamic Outreach Abim Kok Lanas, Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Dewan Pasar Melor, Sk Dewan Beta, SMK Salor, SK Mulong, SK Sri Ketereh, SK Kor SK Gong Dermin, dan SK Gondang.
Manakala 303 mangsa dari 89 keluarga di Bachok dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol yang dibuka sejak jam 6 petang semalam.
Di Machang pula, seramai 101 mangsa dari 29 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di SK Pulau Chondong, manakala 78 mangsa dari 21 keluarga di Tumpat pula ditempatkan di pusat pemindahan SK Kebakat.
Sementara itu, 13 pusat pemindahan dibuka di Pasir Mas melibatkan masjid, madrasah dan sekolah bagi menempatkan 679 mangsa dari 188 keluarga di daerah berkenaan.
Dalam pada itu, seramai 401 mangsa dari 111 keluarga di pasir Puteh pula ditempatkan di empat pusat pemindahan melibatkan SK Wakaf Raja, SK Changgai, sewan SMK Kamil dan SK Tualang Tinggi.
Tiga pusat pemindahan dibuka di Tanah Merah melibatkan Balai Raya Kampung Padang Kijang, SK Sri Kelewek dan SK Alor Pasir yang menempatkan 98 mangsa dari 27 keluarga dari Kampung Padang Kijang, Kampung Lubuk Agor dan Kampung Alor Pasir.