Bangunan MIC di Wilayah perlu dinamakan dengan nama S. Subramaniam

Ini katanya sebagai satu pengiktirafan kepada pemimpin yang berjasa untuk parti bersempena sejarah 70 tahun penubuhan MIC tahun ini.

“Subra juga merupakan bekas Ketua MIC Wilayah yang pertama dan bekas Timbalan Menteri itu juga berjasa kepada parti selama 25 tahun sebagai Timbalan Presiden parti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan MIC mendapat suntikan baharu dibawah kepimpinan Subramaniam pada ketika itu.

“Semasa kerajaan mengisytiharkan Selangor dipisahkan daripada Wilayah Persekutuan pada tahun 1974, Subramaniam dilantik sebagai Ketua Perhubungan MIC KL oleh presiden ketika itu, Tan Sri Manikavasagam.

“Pengiktirafan menamakan bangunan MIC KL sangat penting pada ketika menyambut 70 tahun sejarah parti,” ujarnya lagi. -Tamil Nesan

Related Articles