17
Seruan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional tercetus selepas timbul rungutan yang mengatakan parti komponen BN tidak bekerja sekuat UMNO dan tidak menunjukkan semangat kebersamaan.
“Cukuplah tidur, bangkit rakan-rakan BN, kita tidak ada masa, jangan harapkan UMNO sahaja, sila bangun segera untuk berganding bahu bersama.
“UMNO sedia membantu bekerja kuat bagi menjamin kemenangan BN pada pilihan raya kali ini,” katanya.
Menurut Khairy satu pasukan khas disediakan untuk berbincang dan menjalin kerjasama rapat bagi mempersiapkan jentera BN termasuk pemuda menjelang PRU nanti.
“Daripada menuding jari dan menyalahkan pihak lain, parti sekutu BN harus bangkit menentang DAP habis-habisan kali ini”. – Malaysia Nanban